TOPIK DALAM PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Thursday, January 18, 2024

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KANDUNGAN KURIKULUM

5.1 Pengenalan

Kandungan kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang sentiasa akan mengalami perubahan. Perancangan kurikulum adalah salah satu fasa dalam proses perkembangan kurikulum. Dalam persekitaran pendidikan di Malaysia, perancangan dan reka bentuk kurikulum, terutamanya KSSR dan KSSM, adalah berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan negara, yang menyediakan hala tuju, asas dan sumber inspirasi untuk semua inisiatif dan rancangan  pendidikan.

5.2 Proses Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah















5.3 Matlamat & Objektif Kurikulum: Domain Objektif Kognitif, Afektif & Psikomotor (Taksonomi Bloom)

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, "domain objektif" merujuk kepada satu set matlamat atau tujuan pembelajaran yang ingin dicapai oleh pelajar dalam sesuatu kursus atau pengajaran tertentu. Objektif pembelajaran ini membantu memberikan arahan dan fokus kepada pengajar dan pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Objektif pembelajaran biasanya merangkumi tiga domain utama, iaitu Domain Kognitif, Afektif, dan Psikomotor.


  • DOMAIN KOGNITIF - menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran intelektual

Objektif jenis kognitif ialah objektif yang berkaitan dengan mengenal dan mengingat semula  maklumat dan pengetahuan khususnya dalam kemahiran intelektual. Objektif ini memberikan penekanan terhadap apa yang telah dipelajari dan menyelesaikan masalah-masalah intelektual. Ia adalah bidang yang merangkumi aspek pengetahuan seperti fakta-fakta, teori, hokum dan prinsip. Bertujuan untuk membina kebolehan pemikiran dan kefahaman supaya murid dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang tertentu. Ia menjadi focus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom membahagikan aspek atau domain kognitif ini kepada enam peringkat :Dengan susunan bermula daripada asas kepada yang lebih tinggi atau dari peringkat mudah kepada ke peringkat yang lebih sukar atau tinggi, iaitu :

  1. Pengetahuan
  2. Pemahaman
  3. Penggunaan (Aplikasi)
  4. Analisis
  5. Sintesis
  6. Penilaian






















  • DOMAIN AFEKTIF- menitikberatkan perasaan dan emosi
Domain afektif adalah termasuk cara kita berurusan dengan perkara-perkara emosi, seperti perasaan, nilai, penghargaan, motivasi, dan sikap. Lima kategori utama disenaraikan daripada tingkah laku yang paling mudah kepada yang paling kompleks:






  • DOMAIN PSIKOMOTOR- menitikberatkan penggunaan fizikal dan kemahiran motor

Domain psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi, dan penggunaan kemahiran motor. Pembangunan kemahiran ini memerlukan amalan dan diukur dari segi kelajuan, ketepatan, jarak, prosedur, atau teknik-teknik dalam pelaksanaan. Lima kategori utama disenaraikan daripada tingkah laku yang paling mudah kepada yang paling kompleks:


5.4 Pembelajaran Eksplisit

Pembelajaran ekpslisit ialah suatu kaedah pembelajaran yang membantu seseorang memperoleh kemahiran secara sedar dengan cara memberi arahan secara jelas dan berstruktur yang mana penerima dapat memahami maksud arahan yang diberikan kepadanya. Selain itu, pembelajaran ekpslisit dapat mempertingkatkan kaedah pembelajaran pelajar terutamanya kepada pelajar berprestasi rendah objektif pembelajaran eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.

  • 5.4.1 Objektif / Hasil Pembelajaran Eksplisit
  • 5.4.2 Penulisan Objektif / Hasil Pembelajaran Eksplisit

        Contoh :

  Pada akhir pengajaran murid –murid dapat :

  1. Menyatakan 3 ciri-ciri haiwan Karnivor ,Herbivor, dan Omnivor dengan betul

  2. Menerangkan 4 jenis kata nama am dan kata nama khas dengan betul

  3. Menghuraikan 5 daripada 9 nama planet dalam sistem suria dengan betul



5.5 Tafsiran Tahap Penguasaan Standard Pentaksiran KSSR/KSSM

Kurikulum ini memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran yang dibezakan disamping memberi lebih penekanan kepada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek, memperkemas mata pelajaran atau tema, dan melaksanakan pentaksiran formatif. 


Tahap Penguasaan – Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan. 



5.6 Penutup 
    
    Kurikulum merupakan asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia memerlukan  kurikulum yang terperinci dan relevan untuk membina sistem pendidikan dinamik yang memenuhi cita-cita dan aspirasi negara.

No comments:

Post a Comment