5.1 Pengenalan
Kandungan kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang sentiasa akan mengalami perubahan. Perancangan kurikulum adalah salah satu fasa dalam proses perkembangan kurikulum. Dalam persekitaran pendidikan di Malaysia, perancangan dan reka bentuk kurikulum, terutamanya KSSR dan KSSM, adalah berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan negara, yang menyediakan hala tuju, asas dan sumber inspirasi untuk semua inisiatif dan rancangan pendidikan.
5.2 Proses Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
5.3 Matlamat & Objektif Kurikulum: Domain Objektif Kognitif, Afektif & Psikomotor (Taksonomi Bloom)
Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, "domain objektif" merujuk kepada satu
set matlamat atau tujuan pembelajaran yang ingin dicapai oleh pelajar dalam sesuatu
kursus atau pengajaran tertentu. Objektif pembelajaran ini membantu memberikan
arahan dan fokus kepada pengajar dan pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran
yang diinginkan. Objektif pembelajaran biasanya merangkumi tiga domain utama,
iaitu Domain Kognitif, Afektif, dan Psikomotor.
- DOMAIN KOGNITIF - menitikberatkan
pengetahuan dan kemahiran intelektual
Objektif jenis
kognitif ialah objektif yang berkaitan dengan mengenal dan mengingat semula maklumat dan pengetahuan khususnya dalam
kemahiran intelektual. Objektif ini memberikan penekanan terhadap apa
yang telah dipelajari dan menyelesaikan masalah-masalah intelektual. Ia adalah bidang yang
merangkumi aspek pengetahuan seperti fakta-fakta, teori, hokum
dan prinsip. Bertujuan untuk membina kebolehan pemikiran dan kefahaman supaya murid
dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang tertentu. Ia menjadi focus utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom membahagikan aspek atau domain kognitif ini kepada enam peringkat :Dengan susunan bermula daripada asas kepada yang lebih tinggi atau dari peringkat mudah kepada ke peringkat yang lebih sukar atau tinggi, iaitu :
- Pengetahuan
- Pemahaman
- Penggunaan (Aplikasi)
- Analisis
- Sintesis
- Penilaian
- DOMAIN AFEKTIF- menitikberatkan perasaan dan emosi
- DOMAIN PSIKOMOTOR-
menitikberatkan penggunaan fizikal dan kemahiran motor
Domain
psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi, dan penggunaan kemahiran
motor. Pembangunan kemahiran ini memerlukan amalan dan diukur dari segi
kelajuan, ketepatan, jarak, prosedur, atau teknik-teknik dalam pelaksanaan.
Lima kategori utama disenaraikan daripada tingkah laku yang paling mudah kepada
yang paling kompleks:
Pembelajaran
ekpslisit ialah suatu kaedah pembelajaran yang membantu seseorang memperoleh
kemahiran secara sedar dengan cara memberi arahan secara jelas dan berstruktur
yang mana penerima dapat memahami maksud arahan yang diberikan kepadanya.
Selain itu, pembelajaran ekpslisit dapat mempertingkatkan kaedah pembelajaran
pelajar terutamanya kepada pelajar berprestasi rendah objektif pembelajaran
eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti
menyenaraikan, memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa
yang telah diajarkan.
- 5.4.1 Objektif / Hasil Pembelajaran Eksplisit
5.4.2 Penulisan Objektif / Hasil Pembelajaran Eksplisit
Contoh :
Pada akhir pengajaran murid –murid dapat :
1. Menyatakan 3 ciri-ciri haiwan Karnivor ,Herbivor, dan Omnivor dengan betul
2. Menerangkan 4 jenis kata nama am dan kata nama khas dengan betul
3. Menghuraikan 5 daripada 9 nama planet dalam sistem suria dengan betul
Kurikulum ini memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran yang dibezakan disamping memberi lebih penekanan kepada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek, memperkemas mata pelajaran atau tema, dan melaksanakan pentaksiran formatif.
5.6 Penutup
No comments:
Post a Comment